MESYUARAT KES WANITA DAN KANAK-KANAK BIL 2/2024

Pada 22 Julai 2024, saya mempengerusikan Mesyuarat Pengurusan Kes Wanita dan Kanak-kanak Terlibat Dadah Daerah Kota Setar Bil 2/2024. Daripada 12 kes yang telah dibincangkan dalam mesyuarat pertama bulan Januari lalu, 5 kes telah berjaya ditangani dengan kerjasama pelbagai agensi. Kes-kes yang lain masih memerlukan pemantauan dan tindakan susulan.


Mesyuarat hari ini membincangkan 8 lagi kes yang kebanyakannya merupakan kes ibu hamil terlibat dadah yang dibentangkan oleh klinik-klinik kesihatan. Untuk kes kanak-kanak pula, modul pemulihan dalam komuniti akan diselaraskan bersama Jabatan Pendidikan, Jabatan Kesihatan dan AADK.


Kehadiran pelbagai agensi seperti PDRM, Pejabat Kesihatan, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Pejabat Belia, Penghulu Mukim dan Pejabat Agama serta AADK sebagai urusetia telah memudahkan urusan dan telah membantu banyak keluarga. Terima kasih semua pihak yang sentiasa komited dalam perjuangan ini.












Comments