MESYUARAT PASUKAN PELINDUNGAN KANAK-KANAK BIL 3/2024

Pada 25 Julai 2024, saya mempengerusikan mesyuarat Pasukan Pelindungan Kanak-kanak Daerah Kota Setar Bil 3/2024 dan seterusnya menyampaikan surat pelantikan Ahli Jawatankuasa baharu Pusat Aktiviti Kanak-kanak (PAKK) Daerah Kota Setar. Tahniah semua dan selamat berkhidmat.
Mesyuarat membincangkan hal pengurusan PAKK, penganjuran Program Advokasi Kanak-kanak di beberapa buah sekolah dan kes-kes kanak-kanak yang memerlukan tindakan segera.











Comments