MALAYSIA HARI INI (MHI) 17 JULAI 2024

Pada 17 Julai 2024, saya bersama Puan Siti Mariam binti Mursidan, Pengarah Bahagian Rawatan, Perubatan dan Pemulihan AADK telah dijemput menjadi tetamu untuk slot Malaysia Hari Ini (MHI) yang bertajuk ‘Pengguna Dadah dikategori Pesakit’.

Kami sama-sama mengulas tentang kepentingan kelulusan RUU Pindaan Akta Penagih Dadah 1983 ini yang akan memudahcara klien untuk mendapatkan rawatan pemulihan secara sukarela. Selain itu, kami menekankan aspek sokongan sosial seperti dokongan keluarga dan komuniti amat penting untuk mencapai kepulihan yang berkekalan.

Selepas selesai rakaman langsung ini, kami dimaklumkan oleh Penerbit MHI bahawa slot ini telah menerima tontonan lebih 60 ribu di siaran media sosial. Terima kasih TV3.








Sila tonton :


































Comments