PROGRAM BUBUR ASYURA MAAL HIJRAH 1446H

Program Bubur Asyura Maal Hijrah 1446H Masjid Putra Kuala Kedah telah diadakan pada 7 Muharram 1446H bersamaan 13 Julai 2024. Program inisiatif Kawasan Berisiko Tinggi (KBT) Kuala Kedah ini diadakan dengan kerjasama AADK, Jawatankuasa Pemulihan Dadah Daerah, Majlis Belia Daerah, Skuad AADK dan MCPF Daerah Kota Setar bersama Jawatankuasa Masjid.

Majlis dimulakan dengan pengisian dan motivasi kepulihan daripada saya dan Tuan Imam Masjid kepada lebih kurang 30 orang klien AADK yang merupakan ahli kariah di sini.

Selepas itu mereka bersama-sama ahli komuniti setempat mengacau 5 periuk bubur asyura dan seterusnya mengedarkan hampir seribu bekas bubur kepada masyarakat di Pekan Kuala Kedah. Ini adalah satu usaha pengintegrasian semula klien-klien ke dalam masyarakat melalui aktiviti sosial.













Comments