PROGRAM ORIENTASI KLIEN BAHARU AADK

Program orientasi klien baharu AADK Daerah Kota Setar telah diadakan pada 30 Julai 2024. Saya mengambil kesempatan ini untuk bertemu klien-klien ini dan ibu bapa atau pasangan mereka dalam dua sesi berasingan. Seramai 48 orang klien hadir melapor diri (termasuk 2 orang wanita) untuk menjalani perintah pengawasan selama 2 tahun di bawah AADK. Ada di kalangan mereka yang baru keluar dari Puspen.

Saya memberi taklimat tentang program-program pemulihan dalam komuniti yang akan dijalankan dan memohon semua ahli keluarga untuk memberi kerjasama dan sokongan yang berterusan demi kepulihan insan yang mereka sayangi.







Comments