SEKOLAH DALAM HOSPITAL (SDH)

Pada 31 Julai 2024, dalam lawatan dan seliaan kes kanak-kanak, kami Pasukan Pelindungan Kanak-kanak bersama Pelindung Kanak-kanak JKM Daerah Kota Setar berkesempatan melawat Sekolah Dalam Hospital (SDH) di Hospital Sultanah Bahiyah.
 
SDH ini merupakan satu inisiatif terbaik bagi memastikan pesakit kanak-kanak yang memerlukan rawatan untuk tempoh yang lama dapat meneruskan pembelajaran ketika berada dalam wad. Ia mempunyai 6 orang guru dan 2 orang pembantu, yang mengajar subjek-subjek teras dan kokurikulum.
 
Kami juga berbincang dengan guru-guru di sini berkenaan kanak-kanak yang di bawah seliaan kami yang dimasukkan wad atas isu perlindungan disebabkan unsur pengabaian/penderaan agar diberi laporan prestasi akademik mereka selepas keluar wad. Laporan ini akan dipanjangkan kepada sekolah di mana mereka bakal menyambung pembelajaran nanti.
 
Sedih sebenarnya melihat kanak-kanak yang terabai ini kerana sudah lama ketinggalan dalam akademik dan mengalami masalah pembelajaran yang tidak dikenalpasti lebih awal.







Comments