KUNJUNGAN HORMAT MCPF KE ATAS PENGARAH AADK KEDAH

Pada 26 Ogos 2024, saya mewakili Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Kedah telah mengiringi YBhg Dato’ Sri Ayub bin Yaakob, Naib Pengerusi Kanan MCPF yang berada di Kedah bagi mengadakan kunjungan hormat ke atas Tuan Khairul Anwar bin Ahmad, Pengarah AADK Kedah. Turut hadir bersama Dato’ Kamarudin bin Md Ali, Exco MCPF.

Perbincangan berkisar tentang peranan yang boleh dimainkan oleh MCPF dalam membantu aktiviti pencegahan dadah bersama AADK dan usaha memperkasakan pemimpin komuniti di setiap daerah.














Comments