LAWATAN BERSEPADU MUKIM MERGONG

Lawatan bersepadu pelbagai agensi di Mukim Mergong telah diadakan pada 21 Ogos 2024. Kami melawat 3 buah rumah pengguna dadah wanita yang telah dibincangkan dalam mesyuarat pengurusan kes wanita terlibat dadah bulan lalu. Dua daripadanya baru melahirkan anak.

Salah seorangnya adalah seorang wanita berumur 40 tahun dan baru 9 hari melahirkan seorang bayi pra-matang. Anaknya yang ke-9 ini adalah hasil hubungan dengan seorang teman lelaki. Bayi ini masih menerima rawatan di wad NICU, Hospital Sultanah Bahiyah.

Tinggal bersamanya adalah anak yang ke-8 yang berumur 3 tahun. Rumah yang ditumpanginya hanya boleh dimasuki dengan menaiki tangga dari luar kerana bahagian bawah rumah dimasuki air. Dia pernah menjalani rawatan pemulihan di Puspen Bachok pada tahun 2021. Saringan urinnya hari ini positif dadah jenis methamphetamine dan opiate.

Tindakan seterusnya untuk kes-kes ini akan dibincangkan bersama terutamanya dalam urusan pemeliharaan anak-anak mereka. Kami mengutamakan pemeliharaan berasaskan keluarga sekiranya wanita-wanita ini dihantar untuk mendapatkan rawatan pemulihan. Agensi-agensi yang hadir bersama dalam lawatan ini adalah pihak AADK, JKM, Pasukan Psikiatri Ketagihan dan Klinik Kesihatan Jalan Putra.








Comments