LAWATAN PUSPEN SERDANG

Pada 15 Ogos 2024, satu lawatan telah diadakan ke Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen) Serdang. Program anjuran Jawatankuasa Pemulihan Dadah (JKPD) Daerah Kota Setar ini turut disertai oleh Ketua AADK Daerah dan staf, JKPD Pokok Sena, Skuad AADK dan Majlis Belia Daerah Kota Setar, Majlis Belia Daerah Bandar Baharu serta Dr Arif, Pakar Psikiatri Penagihan bersama pegawai-pegawai perubatan psikiatri Hospital Sultanah Bahiyah.

Kehadiran kami disambut oleh Tuan Khairul Azmi bin Ahmad, Pengarah Puspen Serdang yang kebetulan merupakan hari pertama beliau bertugas di sini. Sesi taklimat disampaikan oleh Tuan Haffizie bin Yahya, Penolong Pengarah 1 dan merupakan bekas ketua AADK Daerah Kota Setar sebelum ini. Kami turut menyampaikan cenderahati kepada beliau sebagai tanda penghargaan atas khidmat bakti di Kota Setar.

Kemudian, kami dibawa meninjau fasiliti dan program kepulihan yang disediakan untuk 350 orang klien di sini. Saya juga diberi ruang untuk bertemu dan memberi sedikit pengisian kepada klien-klien dari Kedah. Pasukan Psikiatri Penagihan Hospital Sultanah Bahiyah pula telah menjalankan sesi khidmat perundingan kepada 15 orang klien yang dikenalpasti mempunyai masalah kesihatan mental.

Terima kasih Puspen Serdang kerana sudi menerima kehadiran kami dan memberi layanan yang mesra.

























Comments