PEMBENTANGAN KERTAS CADANGAN KAJIAN SOSIAL

Sesi pembentangan dan penilaian kertas cadangan kajian sosial berkaitan modal kepulihan dadah telah diadakan di Hotel EDC-UUM Sintok. Pasukan kami diketuai oleh Ketua Penyelidik dari Universiti Utara Malaysia (UUM) iaitu Prof Madya Dr Norruzeyati binti Che Mohd Nasir. Pembentangan diadakan di hadapan ahli-ahli panel penilai yang telah dilantik oleh Kementerian Pengajian Tinggi.

Saya terlibat sebagai penyelidik kolaborator, sangat berbesar hati kerana diberi peluang untuk sama-sama membantu dalam satu kajian yang sangat penting dalam mengenalpasti modal kepulihan (recovery capital) klien-klien AADK dari aspek biopsychosocial-spiritual bersama penyelidik-penyelidik yang hebat dalam bidang sains sosial.

Saya sangat teruja tentang skop kajian ini dan berharap kertas cadangan kajian ini diluluskan dan hasil dapatannya akan memberi manfaat kepada perubahan dasar dalam menentukan halatuju kaedah pemulihan dalam komuniti.










Comments