PROGRAM SUA MESRA BERSAMA KDN

Program Sua Mesra Bersama Kementerian Dalam Negeri telah diadakan pada 10 Ogos 2024 bertempat di Dewan Koperasi Kampung Guar Lobak, Padang Serai. Program ini dirasmikan oleh YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri.

Saya berpeluang bertemu rakan-rakan pegawai AADK dari Ibu Pejabat dan juga yang pernah bertugas di Kota Setar dan Negeri Kedah. Selain itu, saya juga sempat bertemu YBhg Datuk Haji Ruji bin Haji Ubi, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri. Kali terakhir saya bertemu beliau adalah pada 2 tahun lalu iaitu ketika beliau mengadakan lawatan kerja ke Kampung Tepi Laut, Kuala Kedah sebagai Ketua Pengarah ICU pada masa itu.















                    

Comments