Ziarah adik Aryan Mikail di Kampung Tepi Laut, Kuala Kedah. Beliau baru berumur 5 tahun telah mengalami kecederaan patah tulang pinggul dan kebocoran usus akibat dihempap oleh tiang rumah jirannya.
Tragedi malang pada bulan lepas ini berlaku ketika dia sedang bermain buaian di rumah jiran tersebut ketika angin ribut. Saya kagum melihat kecekalan kanak-kanak ini yang telah beberapa kali menjalani pembedahan usus dan menggunakan ‘external fixation frame’ untuk rawatan tulangnya. Semoga Aryan cepat sembuh.
Comments
Post a Comment