7TH ASEAN SLEEP MEDICINE CONGRESS 2024

Pada 28 September 2024, 7th ASEAN Sleep Medicine Congress 2024 telah berlangsung di Hospital Al-Sultan Abdullah, Puncak Alam dengan penyertaan pakar-pakar perubatan dari Malaysia, Singapura, Vietnam dan Brunei.

Saya telah dijemput sebagai salah seorang ahli panel dalam satu slot forum bertajuk ‘Kratom Saga : Benefit vs Risk’ bersama beberapa ahli panel lain yang hebat-hebat belaka. Walaupun perdebatan agak hangat tetapi berlangsung dalam suasana harmoni demi menjunjung tinggi tradisi keilmuan dan semangat kejujuran akademik.

Terima kasih Sleep Disorder Society of Malaysia (SDSM) kerana sudi menjemput saya. SDSM dianggotai oleh pakar perubatan respiratori (paru-paru), pakar ENT (telinga, hidung dan mulut) dan pakar psikiatri dari seluruh Malaysia. Seronok juga dapat bertemu semula kawan-kawan lama yang sama-sama belajar di Dublin dahulu.












Comments