CEO MAHSURI MEDICAL CENTRE

Pada 23 September 2024, maka genaplah 11 tahun saya berkhidmat di Mahsuri Medical Centre (MMC).
Pada tarikh yang bersejarah ini juga, saya telah menerima perlantikan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan Ahli Lembaga Pengarah Mahsuri Medical Centre daripada YBhg Dato’ Seri Azizul bin Hj Tandek, Pengerusi DSAT Group. DSAT Group telah mengambil alih MMC dan kini memiliki 98% saham pusat perubatan ini. Selepas selesai mesyuarat penstrukturan semula MMC, YBhg Dato’ Seri telah berkesempatan bertemu semua kakitangan MMC dan menyampaikan sepatah dua kata ucapan.

Terima kasih Dato’ Seri dan DSAT Group di atas kepercayaan ini. Insya-Allah kita akan bekerja keras bagi penjenamaan semula MMC dan menambah bilangan katil sebagai pelan jangka masa pendek dan menaik taraf dengan pembinaan sebuah hospital baharu sebagai pelan jangka masa panjang.
Sesungguhnya perancangan Allah swt itu adalah yang terbaik. Alhamdulilah.












Comments