EKSPLORASI RUKUN NEGARA KOLEJ MARA KUALA NERANG

Program Eksplorasi Rukun Negara telah berlangsung di Kolej MARA Kuala Nerang (KMKN) pada 1 September 2024. Saya telah dijemput oleh Sekretariat Rukun Negara Kolej MARA Kuala Nerang untuk berkongsi kupasan bertajuk ‘Rukun Negara : Tiang Seri Keharmonian’ di hadapan lebih 500 orang pelajar Asasi dan Matrikulasi di sini. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Tuan Haji Ahmad Puat bin Haji Junus, Pengarah Perpaduan Negeri Kedah.

Tahniah diucapkan kepada moderator Saudara Aznor Haikal kerana berjaya mengendalikan slot forum ini dengan baik sekali. Terima kasih juga diucapkan kepada KMKN dan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Kedah kerana sudi menjemput saya memberi pengisian sempena bulan kemerdekaan.

















Comments