KEM KEPIMPINAN GENERASI Z KPTM ALOR SETAR

Kem kepimpinan Generasi Z anjuran pelajar Kolej Polytech MARA (KPTM) Alor Setar telah berlangsung pada 11 September 2024. Program ini melibatkan lebih kurang 100 orang pelajar Tingkatan 4, SMK Seri Pantai, Kuala Kedah.

Saya telah dijemput untuk merasmikan majlis penutupan program ini. Sebagai anak jati Kuala Kedah, saya menekankan bahawa anak-anak Kuala Kedah tetap boleh berjaya walau datang dari apa pun latar belakang keluarga, dengan syarat mesti fokus dalam menimba ilmu dan menjauhi pengaruh negatif.

Dalam majlis ini, saya turut menyampaikan sumbangan kepada pelajar-pelajar asnaf sekolah ini. Turut hadir bersama En Rozaini bin Othman, Pengetua SMK Seri Pantai dan Puan Hidayah, Pensyarah KPTM. Tahniah diucapkan kepada kepimpinan pelajar KPTM atas inisiatif program ini.



















Comments