MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN BANJIR SUNGAI BARU

Majlis penyampaian sumbangan kepada mangsa banjir Kampung Sungai Baru, Anak Bukit telah diadakan pada 29 September 2024. Seramai 85 orang penduduk dari Kampung Sungai Baru Gunong, Sungai Baru Tengah, Sungai Baru Tok Keramat dan Alor Melintang hadir menerima sumbangan bantuan barangan dapur.

Terima kasih diucapkan kepada Pertubuhan Sahabat Asnaf dan Northern Property Construction (NPC) di atas sumbangan dan rasa prihatin terhadap mangsa-mangsa yang terkesan. Terima kasih juga pihak JPKKP Kampung Sungai Baru kerana dapat mengatur program ringkas ini.
























Comments