PROGRAM JANGKAUAN KOMUNITI HOPE PPUM

Pada 20 September 2024, Program Jangkauan Komuniti Health Outreach Program and Education (HOPE) Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) buat julung kalinya telah diadakan di Kuala Kedah.

Bertempat di Sekolah Kebangsaan Haji Ismail, doktor-doktor pakar dan paramedik PPUM telah menyediakan pelbagai khidmat kesihatan untuk masyarakat setempat. Antaranya pemeriksaan saringan dan konsultasi kesihatan, khidmat nasihat fisioterapi carakerja, demonstrasi CPR, saringan demensia dan klinik berhenti rokok. Turut hadir bersama adalah Tuan Khairul Anuar bin Yahya, Timbalan Pengarah (Pengurusan) PPUM dan Puan Nurhafizah binti Md Desa, Ketua AADK Daerah Kota Setar & Pokok Sena.

Pihak AADK turut menganjurkan ceramah yang bertajuk ‘Kesan Penagihan Dadah kepada Kesihatan Mental’ yang disampaikan oleh Dr Arif, Pakar Psikiatri Ketagihan, Hospital Sultanah Bahiyah. Ini adalah bersesuaian dengan Kuala Kedah sebagai Kawasan Berisiko Tinggi (KBT).

Terima kasih diucapkan kepada PPUM kerana sudi bertandang ke Kuala Kedah. Saya sebagai penyelaras program di sini memohon maaf sekiranya ada sebarang kekurangan. Semoga sudi datang lagi ke Kuala Kedah.



















Comments