TAYANGAN AMAL FILEM 'TAKLUK : LAHAD DATU'

Pada 2 September 2024, Tayangan Amal Filem ‘Takluk : Lahad Datu’ telah diadakan di Aman Central, Alor Setar sempena sambutan Bulan Kemerdekaan anjuran Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Daerah Kota Setar.

Program telah dihadiri oleh YDH ACP Siti Noor Salawati bin Saad, Ketua Polis Daerah Kota Setar bersama Pegawai-pegawai Kanan Polis dan Ketua-ketua Balai dari IPD Kota Setar. Turut hadir adalah Ketua AADK Daerah, Ahli Jawatankuasa Pemulihan Dadah (JKPD) Daerah, Skuad AADK, Pasukan Kebajikan Kanak-kanak JKM, ahli-ahli MCPF dan pelajar-pelajar KPTM Alor Setar.

Ternyata filem ini berjaya membangkitkan semangat patriotisme dan memberi penghargaan yang sewajarnya terhadap jasa dan pengorbanan besar pihak PDRM dalam menjaga keamanan negara.























Comments