ANUGERAH IKON JKPD 2024

Terima kasih AADK Kedah di atas pengiktirafan kepada saya sebagai Ikon JKPD Kedah dan juga memilih Jawatankuasa Pemulihan Dadah (JKPD) Daerah Kota Setar yang saya terajui sebagai JKPD Daerah Terbaik Negeri Kedah 2024 di Majlis Makan Malam Apresiasi pada 9 Oktober 2024 bersempena Program Cakna JKPD & PRS Kedah 2024 di Jerai Hill Resort, Gunung Jerai.

Mohon maaf saya tidak dapat hadir sendiri bagi menerima kedua-dua anugerah ini kerana berada di Kuala Lumpur atas urusan keluarga. Insya Allah pengiktirafan ini telah memberi satu suntikan motivasi kepada saya untuk terus berkhidmat dalam perjuangan pembanterasan dadah.



Comments