MESYUARAT PENGURUSAN PERTAMA

Pada 6 Oktober 2024, saya mempengerusikan mesyuarat pengurusan yang pertama secara rasminya semenjak dilantik menjadi Ketua Pegawai Eksekutif Mahsuri Medical Centre (MMC) bulan lalu. Meyuarat ini dihadiri oleh kepimpinan pengurusan utama dan ketua-ketua unit perubatan dan kejururawatan.

Mesyuarat pertama ini sangat penting bagi menetapkan halatuju baharu MMC dan membuat perancangan dalam kewangan, perjawatan dan pemasaran. Insya Allah, satu budaya kerja yang positif akan diwujudkan di MMC.







Comments