PROGRAM ADVOKASI KANAK-KANAK SMK MERGONG

Program Advokasi Perlindungan Kanak-kanak : Kasih Kanak-kanak Peringkat Daerah Kota Setar telah dirasmikan oleh Puan Siti Zaharah binti Sulaiman, Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Kota Setar pada 10 Oktober 2024. Siri pertama program ini diadakan di SMK Mergong melibatkan pelajar-pelajar Tingkatan 3.
 
Program meliputi pengisian daripada JKM, PDRM, SKMM dan Jabatan Pembangunan Wanita (JPW). Stiker Talian Kasih 15999 untuk aduan kes kanak-kanak turut disampaikan kepada pihak sekolah. Program Advokasi di dua sekolah lagi akan menyusul selepas ini.

















Comments