Program Advokasi Pelindungan Kanak-kanak : Kasih Kanak-kanak Peringkat Daerah Kota Setar telah diadakan pada 23 Oktober 2024. Ini merupakan program siri kedua dan kali ini telah diadakan di SMK Simpang Kuala. Program dirasmikan oleh Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Kota Setar, Puan Norsiah binti Mohamad Josli. Turut hadir Puan Siti Zaharah binti Sulaiman, Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Kota Setar.
Slot ceramah melibatkan pengisian daripada JKM, SKMM, PDRM dan Jabatan Pembangunan Wanita (JPW). Semoga program ini bermanfaat untuk pelajar-pelajar sekolah ini.
Comments
Post a Comment