PROGRAM EKSPLORASI RUKUN NEGARA KOLEJ KOMUNITI BANDAR DARULAMAN

Program Eksplorasi Rukun Negara Peringkat Sekretariat Rukun Negara (SRN)Negeri Kedah Tahun 2024 telah berlangsung di Dewan Syarahan, Kolej Komuniti Bandar Darulaman (KKBDA), Jitra. Saya berkongsi ilmu dan mengupas intipati Rukun Negara bersama para hadirin yang merupakan bakal jurutera, juruteknik dan pekerja mahir yang sedang menuntut di kolej komuniti ini.

Turut hadir bersama ialah Puan Noor Hasmy binti Md Yunos, Timbalan Pengarah Pengurusan KKBDA dan Puan Nurhuda binti Yusof, Timbalan Pengarah Akademik KKBDA.

Terima kasih pihak Kolej Komuniti Bandar Darulaman dan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Kedah kerana sudi menjemput saya. Terima kasih juga kepada En. Amrul bin Omar, yang bertindak sebagai moderator dan berjaya mengendalikan Slot Bicara Rukun Negara ini dengan menarik. Semoga pengisian saya telah sedikit sebanyak dapat menyuntik semangat patriotisme dan jiwa merdeka di kalangan pelajar di sini.
























Comments