Program Jom Ronda SRS 2024 Daerah Kota Setar telah diadakan pada 25 Oktober 2024 di Pusat KRT Taman Seri Marina, Jalan Kuala Kedah. Program dirasmikan oleh YDH Supt Syed Basri bin Syed Ali, Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Setar.
Selepas majlis berakhir, Tuan Timbalan KPD dan anggota IPD Kota Setar bersama Pasukan SRS dari beberapa KRT dan AADK telah sama-sama berkonvoi melawat Pos Kawalan SRS Taman Seri Putra, Kuala Kedah dan seterusnya ke Pos Kawalan SRS Taman Flora, Kubang Rotan.
Skim Rondaan Sukarela (SRS) ini adalah di bawah seliaan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN). Ia merupakan satu usaha ‘community policing’ yang sangat baik berperanan menurunkan indeks jenayah di kawasan masing-masing melalui inisiatif penduduk setempat dengan kerjasama PDRM.
Program berakhir hampir jam 1 pagi. Tahniah semua anggota SRS yang terlibat. Terima kasih JPNIN sudi jemput kami dari MCPF untuk hadir bersama.
Comments
Post a Comment