SIDANG MEDIA RUMAH SUPERKIDS ALOR SETAR

Satu sidang media telah diadakan pada 4 Oktober 2024 untuk penganjuran program makan malam amal bagi mengumpulkan dana untuk Rumah Superkids Alor Setar. Rumah Superkids ini merupakan sebuah rumah perlindungan untuk kanak-kanak yang terabai, mangsa penderaan dan anak-anak yatim.

Sebagai Pengerusi Pasukan Perlindungan Kanak-kanak Daerah Kota Setar, saya memberi taklimat kepada wartawan yang hadir dan menyatakan sokongan penuh kepada Rumah Superkids. Ini adalah kerana ia telah menjadi satu penempatan perlindungan yang utama di daerah ini untuk kanak-kanak dari keluarga Cina dan India yang telah kami selamatkan. Rumah yang beroperasi melalui sumbangan dana awam ini, kini tidak lagi dapat menampung jumlah kanak-kanak yang semakin ramai iaitu yang telah mencecah lebih 40 orang. Oleh itu, sebuah rumah baharu sebagai tambahan amat diperlukan bagi memberi keselesaan untuk kehidupan yang lebih sejahtera buat kanak-kanak ini.

Makan malam amal ini dirancang akan diadakan pada 10 Januari 2025. Semoga berjaya.















Comments