TEMUBUAL KEDAH FM : PENAGIH ATAU PESAKIT DADAH?

Terima kasih diucapkan kepada AADK Kedah kerana memberi ruang kepada saya pada 7 Oktober 2024 untuk ditemubual di siaran radio Kedah FM. Isu utama yang saya sampaikan adalah implikasi Akta Penagih Dadah (Rawatan & Pemulihan) 1983 Pindaan 2024 selepas ia dikuatkuasakan kelak.

Pindaan akta ini merupakan satu pendekatan untuk menyah jenayah dan merawat penagih dadah yang dianggap sebagai pesakit. Selain itu, ia akan memudahcara kemasukan penyalah guna dadah ke Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen) secara sukarela untuk rawatan segera. Saya juga memaklumkan selepas pindaan akta ini dikuatkuasakan, ia juga akan membolehkan penagih ketum mempunyai akses ke Puspen untuk rawatan.

Akhir temubual, saya menyeru semua golongan masyarakat terutamanya pemimpin komuniti yang menerajui ‘community based organisations’ (CBO) masing-masing agar sama-sama aktif terlibat dalam aktiviti pencegahan dan pemulihan dadah di kawasan masing-masing. Kegagalan menangani isu gejala dadah ini akan memberi pelbagai komplikasi yang kesan buruknya akan ditanggung oleh masyarakat keseluruhannya.

Terima kasih DJ Ezza dan Kedah FM. Mesra Harmoni.
























Comments