LAWATAN TEMUSERU KLIEN ANAK BUKIT

Pada 20 November 2024, satu lawatan temuseru (outreach) klien AADK yang gagal mematuhi syarat melapor diri telah diadakan di sekitar zon Anak Bukit iaitu meliputi klien-klien di Kampung Alor Melintang, Kampung Kepala Bukit, Alor Gonchar, Matang Kong dan Hutan Serdang. Terima kasih AADK dan Jawatankuasa Pemulihan Dadah Daerah Kota Setar di atas inisiatif program ini. Terima kasih juga Pengerusi JPKKP Matang Kong yang turut sama melawat klien dalam kawasannya.

Mereka yang dilawati telah diberi amaran terakhir sehingga minggu depan untuk melapor diri sebelum tindakan undang-undang diambil. Kegagalan klien melapor diri setiap bulan boleh dikira sebagai melanggar syarat pengawasan dan boleh dijatuhi hukuman penjara sehingga 3 tahun dan 3 kali sebatan. Program ini adalah sebagai peringatan dan peluang kepada mereka sebelum diambil tindakan undang-undang. Ini adalah siri temuseru ke-3 untuk tahun ini selepas program di zon Kuala Kedah dan zon Mergong.

                  










Comments