6 November 2024, pada paginya saya menghadiri perbicaraan kes jenayah kanak-kanak sebagai Penasihat Mahkamah Bagi Kanak-kanak. Kes gaduh-gempar antara dua pelajar yang dituduh di bawah Kanun Keseksaan Seksyen 160 telah dibicarakan. Disebabkan mereka adalah pesalah bawah umur, mereka tidak menerima hukuman seperti orang dewasa. Cadangan saya untuk mereka dan ibu bapa mereka menghadiri sesi kaunseling di sekolah bagi menyelesaikan isu berbangkit telah diterima oleh Puan Majistret.
Pada petangnya pula, saya menghadiri mesyuarat bersama Pasukan Pelindungan Kanak-kanak dan Pasukan Kebajikan Kanak-kanak yang telah dipengerusikan oleh Ketua Unit Pembangunan Kanak-kanak JKM Daerah Kota Setar, Puan Siti Aishah binti Abdul Ghani.
Agenda utama mesyuarat ini adalah pembentukan Jawatankuasa Penyelaras Penubuhan Rumah Perlindungan Kanak-kanak dan Wanita Ar-Raudhah. Saya telah diberi tanggungjawab untuk mempengerusikan jawatankuasa ini sehingga penubuhan rumah perlindungan ini menjadi kenyataan. Insya Allah.
Comments
Post a Comment