PROGRAM EKSPLORASI RUKUN NEGARA KOLEJ KOMUNITI SIK

Program Eksplorasi Rukun Negara Peringkat Sekretariat Rukun Negara Tahun 2024 telah diadakan pada 26 November 2024 bertempat di KEDA Resort Bendang Man, Sik. Program kali ini melibatkan penyertaan pelajar-pelajar dari Kolej Komuniti Sik, Kolej Komuniti Baling, Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mua’dzam Shah (UniSHAMS) dan Rukun Tetangga Daerah Sik.

Saya terlibat sebagai ahli panel forum yang bertajuk ‘Rukun Negara Tiang Seri Keharmonian’ bersama ASP (B) Mohd Shamsul Bhari bin Nawi, mantan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah, IPD Sik. Moderator forum adalah En Mohd Azrulnizam bin Mohd Kamarudin dari Politeknik METrO Tasek Gelugor.

Ini merupakan program forum Rukun Negara yang ketiga yang mana saya terlibat sebagai ahli panel. Terima kasih Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Kedah kerana sentiasa sudi menjemput saya untuk berkongsi ilmu terutamanya dengan para pelajar.
























Comments