MAJLIS AMANAT CEO MMC

Pada 13 Disember 2024, Majlis Amanat CEO Mahsuri Medical Centre (MMC) telah diadakan di Menara Alor Setar. Ini merupakan pertemuan pertama secara rasmi saya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dengan semua staf MMC.

Saya membentangkan visi dan misi serta halatuju MMC ke arah menjadi sebuah pusat perubatan yang cemerlang dan terkemuka dengan menawarkan perkhidmatan yang berkualiti dan penyayang.

Dalam majlis ini juga, saya menyampaikan sumbangan kepada staf yang terkesan dengan bencana banjir baru-baru ini.

Insya Allah dengan staf yang komited, usaha menaik taraf fasiliti dan perkhidmatan pasti akan menjayakan proses penjenamaan semula MMC.











































Comments