MESYUARAT LEMBAGA PENGARAH MMC

Mesyuarat Lembaga Pengarah Mahsuri Medical Centre (MMC) telah diadakan pada 5 Disember 2024 dan telah dipengerusikan oleh YBhg Dato’ Seri Azizul bin Tandek yang juga merupakan Pengerusi Eksekutif DSAT Group. Saya memberi laporan tentang perkembangan perjalanan operasi MMC dan perancangan untuk pengubahsuaian premis tambahan baharu.

Alhamdulilah dalam mesyuarat ini telah diluluskan pembiayaan projek pengubahsuaian dan penambahan katil MMC melalui suntikan modal daripada DSAT Group. Semoga semua perancangan berjalan lancar dan dijangka MMC akan berwajah baharu pada pertengahan tahun hadapan.











Comments