Majlis menyambut kedatangan Dr Noor Aini binti Harun sebagai Pakar Perunding Obstetrik & Ginekologi (O&G) yang baharu ke Mahsuri Medical Centre (MMC) telah diadakan pada 3 Disember 2024. Hari ini merupakan hari pertama bermulanya klinik pakar beliau. Beliau menyertai MMC setelah bersara di Hospital Tuanku Fauziah, Kangar dan merupakan seorang Pakar Perbidanan dan Sakit Puan yang berpengalaman luas dan amat disegani.
Selain itu, dalam majlis yang sama, kami juga meraikan perpisahan dua jururawat MMC yang akan menyertai Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), iaitu Nur Alya Syafinee yang telah berkhidmat selama 8 tahun di MMC dan Nurul Atikah setelah 3 tahun bersama MMC. Terima kasih dan selamat maju jaya diucapkan buat kedua-duanya.
Comments
Post a Comment