PROGRAM ORIENTASI KLIEN BAHARU AADK DISEMBER 2024

Program terakhir saya untuk tahun 2024 adalah Program Orientasi Klien Baharu AADK Daerah Kota Setar. Lebih kurang 60 orang klien baharu hadir melapor diri bagi memulakan perintah pengawasan dalam komuniti selama 2 tahun. Ada yang hadir bersama anak kecil. Ada yang hadir bersama ibu bapa yang telah uzur. Ada yang hadir bersama abang dan kakak.

Saya sempat mengadakan sesi taklimat ringkas bersama klien dan ahli-ahli keluarga mereka dalam dua slot yang berasingan. Semoga mereka kekal dalam kepulihan demi masa hadapan yang lebih baik.












Comments