TUAN NOR AZMAN DALAM KENANGAN

Pada 29 Disember 2024, saya menerima perkhabaran duka apabila dimaklumkan ACP (B) Nor Azman bin Mohd Noor telah pulang ke rahmatullah. Allahyarham merupakan mantan Ketua Polis Daerah Kota Setar pada tahun 2020 lalu iaitu ketika zaman pandemik.

Beliau telah mula bersara selepas akhir sekali berkhidmat di Jabatan Pengurusan PDRM Bukit Aman baru-baru ini. Besar jasa beliau dalam menguruskan PKPD Kota Setar pada waktu yang sangat mencabar itu. Beliau juga banyak membantu saya dalam penganjuran program-program MCPF, RELA Kehormat dan AADK Daerah Kota Setar.

Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh. Salam takziah buat keluarga. Al-fatihah.













Comments