Majlis Apresiasi JKPD & MCPF Daerah Kota Setar telah diadakan pada 12 Januari 2025 bertempat di Megaview Banquet Hall, Menara Alor Setar. Program telah dirasmikan oleh Tuan Khairul Anwar bin Ahmad, Pengarah AADK Negeri Kedah. Majlis ini adalah bagi menghargai agensi dan jabatan yang banyak membantu gerak kerja dan program anjuran Jawatankuasa Pemulihan Dadah (JKPD) dan MCPF Daerah Kota Setar sepanjang tahun 2022-2024. Selain itu, hadiah perpisahan juga disampaikan kepada staf-staf AADK yang telah bertukar dan bersara.
Antara yang hadir adalah YDH ACP Siti Nor Salawati binti Saad, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Puan Siti Zaharah binti Sulaiman, Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Kota Setar dan wakil-wakil Pegawai Kesihatan Daerah dan Pegawai Perpaduan Daerah serta Pakar Psikiatri Ketagihan Hospital Sultanah Bahiyah. Turut hadir En Zakaria bin Mat Saed, Ketua AADK Daerah Kota Setar & Pokok Sena, Dr Wan Su binti Haji Haron, Setiausaha MCPF Kedah dan Dato’ Kamaruddin bin Md Ali, Exco MCPF Kebangsaan.
Dalam majlis ini, saya menerima Anugerah Ikon JKPD Negeri Kedah dan JKPD Daerah Kota Setar sebagai JKPD Terbaik Negeri Kedah 2024. Saya tidak berkesempatan hadir untuk menerima kedua-dua anugerah ini dalam satu majlis anjuran AADK Kedah baru-baru ini.
Semoga kolaborasi pembanterasan dadah pelbagai agensi dalam Daerah Kota Setar ini dapat diteruskan dan akan lebih cemerlang pada tahun 2025.
Comments
Post a Comment