MESYUARAT PASUKAN PERLINDUNGAN KANAK-KANAK BIL 1/2025

Pada petang 13 Januari 2025, saya mempengerusikan mesyuarat Pasukan Pelindungan Kanak-kanak Daerah Kota Setar. Turut hadir adalah Ketua dan pegawai-pegawai Unit Pembangunan Kanak-kanak, Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Kota Setar.

Antara yang dibincangkan adalah pembukaan semula Pusat Aktiviti Kanak-kanak Daerah dan penganjuran Program Advokasi : Kasih Kanak-kanak di tiga buah sekolah iaitu dua di Anak Bukit dan satu di Kubang Rotan.



Comments