Tahun 2025 ini maka genaplah 6 tahun saya berkhidmat di Pusat Dialisis MyAngkasa, Jalan Batas Paip, Kuala Kedah. Jumlah pesakit dialisis yang menjalani rawatan haemodialisis di sini sudah meningkat dengan ketara sehingga 48 orang. Saya dapati 70 % adalah pesakit diabetes dan darah tinggi dan majoritinya adalah berumur bawah 50 tahun. Senario ini agak membimbangkan sebenarnya bagi orang-orang muda yang mempunyai penyakit kronik.
Lokasi pusat dialisis ini sangat strategik kerana jaraknya tidak jauh untuk pesakit-pesakit yang tinggal di Alor Setar, Kuala Kedah, Pengkalan Kundor dan Kubang Rotan. Baru-baru ini kami menerima lawatan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia untuk kelulusan pembaharuan lesen perkhidmatan. Alhamdulilah semua berjalan lancar.
Semoga Pusat Dialisis MyAngkasa terus maju demi memberi perkhidmatan terbaik kepada pesakit-pesakit dialisis.
Comments
Post a Comment