Assalamualaikum warahmatullah
Tahun 2025 menandakan sudah genap 10 tahun saya menulis dalam blog Wacana Dr Zaki Zamani ini. Saya mulanya menulis pada 2015 untuk berkongsi artikel dan pandangan saya tentang isu-isu semasa. Dengan kesibukan tugas seharian, saya telah menjadikan blog ini lebih kepada perkongsian aktiviti dan program yang melibatkan saya. Walau bagaimanapun, saya masih berkongsi idea dan cadangan terutamanya suara saya melalui media massa atau pun penulisan yang mencerna buku-buku yang telah saya baca. Oleh halatuju blog ini selepas ini, saya jangka tidak banyak bezanya daripada sebelum ini melainkan bentuk perkongsian akan disertai dengan pautan video yang telah dikongsi di media sosial saya.
Untuk tahun 2025, suka saya untuk kemaskinikan biodata saya yang terkini :
AKADEMIK
• Sekolah Rendah Kebangsaan Iskandar, Alor Setar Kedah (Tahun Satu-Enam) : Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 1989 : 5A
• Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Setar, Kedah (Tingkatan Satu-Tiga) Sijil Rendah Pelajaran (SRP) 1992 : 8A1 Anugerah Pingat Perak Raja Muda Kedah 1993 untuk Anugerah Pelajar Terbaik SRP 1992
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 1994 : Pangkat 1 Aggregat 8 (8A)
• Matrikulasi Sains Ekspres Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) (1995-1996)
Lulus Ijazah Perubatan M.B.,BCh.,B.A.O (Ireland) pada 5 Disember 2002
Lulus Sarjana Kepakaran Perubatan (Internal Medicine) Membership Royal College of Physicians of Ireland (MRCP) pada 20 Jun 2022
BISNES
Ahli Lembaga Pengarah Mahsuri Medical Centre
Ahli Lembaga Pengarah ADM Dialysis Centre Sdn Bhd
Person In Charge Marjina DIalysis Centre Sdn Bhd
Person In Charge MyAngkasa Dialysis Centre Sdn Bhd
NGO DAN LANTIKAN AGENSI KERAJAAN
• Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah
• Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Daerah Kota Setar
• Pengerusi Lembaga Pelawat Psikiatri, Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar
• Pengerusi Pasukan Pelindungan Kanak-kanak Daerah Kota Setar
• Pengerusi, Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Daerah Kota Setar
• Timbalan Presiden Pertubuhan Sukarelawan Perubatan Malaysia (SPM)
• Timbalan Presiden Pertubuhan Mesra Pengguna Malaysia (PMPM)
• Ahli Lembaga Penasihat, Pusat Latihan AADK Malaysia
• Ikon Anti Dadah AADK Daerah Kota Setar
• Ahli Jawatankuasa Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Negeri Kedah
• Penasihat Mahkamah Bagi Kanak-kanak Alor Setar
• Pengerusi Pasukan Bomba Komuniti Kuala Kedah
• Ahli Majlis Tindakan Perpaduan Daerah Kota Setar
• Ahli Jawatankuasa Kesihatan Mental Daerah Kota Setar
• Ketua Pasukan Saringan Kesihatan (PASAK), Parlimen Kuala Kedah
• Penyelaras Program COMBI untuk Program Pencegahan Denggi Kuala Kedah
• Penyelaras Program Family and Community Empowerment (FACE), LPPKN Kuala Kedah
• Exco Majlis Belia Negeri Kedah 2013-2016
• Ahli Majlis Perundingan Belia Negeri Kedah 2013-2016
• Sukarelawan Rakan Muda Negeri Kedah 2003
• Pengasas dan Pengerusi Persatuan Belia Wawasan Muda Kuala Kedah (WADAH) 2003-2009
• Calon Barisan Nasional Parlimen Kuala Kedah (P010) PRU 13 tahun 2013
• Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kuala Kedah 2018-2022
• Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Kuala Kedah 2008-2013
• Ketua UMNO Cawangan Kampung Komplek, Bahagian Kuala Kedah
• Ketua Pemuda UMNO Cawangan Kampung Komplek, Bahagian Kuala Kedah 2009 - 2013
• Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kg Kompleks, Kuala Kedah 2014-2018
• Timbalan Pengerusi, Pusat Daerah Mengundi (PDM) Kampung Tengah, DUN Kubang Rotan ketika Pilihanraya Umum ke-14 tahun 2018
• Setiausaha Jawatankuasa Pusat Daerah Mengundi (PDM) Kampung Tengah, DUN Kubang Rotan ketika Pilihanraya Umum ke-11 tahun 2004
• Penceramah Barisan Nasional ketika kempen Pilihanraya Umum ke-12 tahun 2008
• Penceramah Barisan Nasional ketika kempen Pilihanraya Umum ke-14 tahun 2018
• Timbalan Pengerusi Biro Latihan dan Penyelidikan UMNO Bahagian Kuala Kedah 2013-2018
• Ahli Jawatankuasa Biro Latihan dan Penyelidikan UMNO Negeri Kedah 2013-2018
ANUGERAH
· Anugerah Perdana Belia Negara Peringkat Negeri Kedah sebagai Tokoh Belia Lelaki Negeri Kedah Tahun 2016 dan finalis Anugerah Perdana Belia Negara Peringkat Kebangsaan 2016
· Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Perkhidmatan Awam pada tahun 2007 ketika berkhidmat di Pejabat Kesihatan Daerah Kota Setar
· Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Perkhidmatan Awam pada tahun 2012 ketika berkhidmat di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar
· Anugerah Penghargaan AADK Kategori Komuniti Peringkat Kebangsaan 2017 oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia atas sumbangan sebagai Ikon Anti Dadah Negeri Kedah sempena sambutan Hari Anti Dadah Kebangsaaan 2017 di Penjara Simpang Renggam pada 18 Mac 2017
· Anugerah Sukarelawan AADK Prihatin 2017 Peringkat Kebangsaan sempena Majlis Malam Citra AADK 2018 pada 15 Mei 2018 di Dewan Sri Akasia, Ibu Pejabat AADK, Bangi
· Anugerah Penghargaan ‘Friends of Police’ daripada Ketua Polis Kedah sempena sambutan Hari Polis ke 215 pada 25 Mac 2022 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah
· Anugerah Ikon Jawatankuasa Pemulihan Dadah (JKPD) AADK Negeri Kedah 2024
Comments
Post a Comment