Pada 18 Ramadan 1446H bersamaan 19 Mac 2025, mesyuarat pertama Jawatankuasa Pemulihan Dadah (JKPD) Daerah Kota Setar untuk penggal baharu 2025-2027 telah diadakan. Terima kasih di atas kepercayaan memilih saya sebagai Pengerusi untuk penggal ketiga berturut-turut. Turut hadir adalah Tuan Zakaria bin Mat Saed, Ketua AADK Daerah Kota Setar & Pokok Sena.
Seterusnya, saya bersama AJK Biro Agama iaitu Ustaz Pisal telah bertemu klien-klien AADK dan menyampaikan pengisian sempena bulan Ramadan. Selepas itu, kami berbuka puasa bersama staf-staf AADK.
Insya Allah, penggal baharu ini akan lebih cemerlang dengan gerak kerja baharu bersama AJK-AJK yang komited.

Comments
Post a Comment