Bersempena Sambutan Peringatan Hari Antidadah 2025 bertemakan ‘Lebih Baik Cegah’, satu sesi rakaman video telah diadakan bagi saya menyampaikan mesej kepada masyarakat.
Saya mengingatkan bahawa pencegahan dadah adalah tanggungjawab bersama. Sebagai komuniti, kita harus saling menjaga dan peka dengan persekitaran dan melibatkan diri dalam program kesedaran dan pencegahan dadah.
Amatlah perlu untuk kita sentiasa menyokong aktiviti sihat dan membantu golongan yang berisiko dalam komuniti masing-masing. Dengan usaha bersama, kejayaan membina masyarakat bebas dadah pasti tercapai.
Terima kasih AADK Kedah.
DADAH!! Tak Payah, Tak Nak
Comments
Post a Comment