Buletin Utama 26 Mac 2025 : Dadah Fentanyl

Pada 26 Mac 2025, saya telah diminta mengulas melalui panggilan telefon tentang dadah jenis fentanyl dalam siaran Buletin Utama TV3.

Antara pengisian saya :
-Fentanyl adalah dadah sintetik jenis opioid yang 50 hingga 100 kali ganda lebih kuat daripada morfin.
-Risiko overdos sangat tinggi kerana ia boleh memperlahankan dan memberhentikan pernafasan yang boleh menyebabkan koma dan kematian.
-Kesan tindakbalas kepada penggunanya sangat pantas iaitu dalam masa 5 minit dan ia sering dicampurkan dengan dadah-dadah jenis lain.



Comments