KOLABORASI PENCEGAHAN DADAH DAERAH PENDANG

Mesyuarat perbincangan tiga penjuru antara AADK Kedah, Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) dan Universiti Utara Malaysia (UUM) berlangsung pada 16 Jun 2025.

Fokus utama adalah membincangkan penganjuran program kolaborasi bagi menangani permasalahan dadah dan isu pelencongan sosial di Daerah Pendang. Untuk makluman, Daerah Pendang mencatatkan kadar penagihan dadah tertinggi di Malaysia pada tahun 2024 iaitu sebanyak 1798 kes bagi setiap 100,000 orang penduduk.

Delegasi MCPF diketuai oleh Dato’ Kamaruddin bin Md Ali, Exco MCPF Pusat. Kami MCPF Kedah turut hadir dan akan bertindak sebagai penyelaras program di Daerah Pendang nanti.











Comments