Program Jiwa Merdeka anjuran Jawatankuasa Pemulihan Dadah (JKPD) Daerah Kota Setar telah diadakan pada 25 Ogos 2025 sempena sambutan bulan kemerdekaan. Program ini mengumpulkan klien-klien yang bakal dan yang telah menamatkan tempoh pengawasan di bawah AADK. Mereka diberi pengisian tentang keluarga lestari oleh En Hafizul dari LPPKN.
Tuan Khairul Anwar bin Ahmad, Pengarah AADK Negeri Kedah turut hadir merasmikan dan menyampaikan sumbangan kepada klien-klien yang hadir sebagai motivasi kerana berjaya mengekalkan kepulihan sepanjang tempoh pengawasan. Sempena bulan kemerdekaan ini, klien-klien dituntut untuk terus memerdekakan jiwa mereka daripada belenggu dadah dan memulakan kehidupan baharu bersama keluarga tersayang.
















Comments
Post a Comment