Program Orientasi Klien Baharu AADK berlangsung pada 26 Ogos 2025. Seramai 63 orang klien baharu hadir melapor diri. Klien-klien ini terdiri daripada mereka yang baru dibebaskan daripada Puspen atau penjara, atau telah diperintahkan oleh mahkamah untuk menjalani tempoh pengawasan dalam komuniti selama 2 tahun akibat kesalahan berkaitan penyalahgunaan dadah.
Jawatankuasa Pemulihan Dadah (JKPD) menyampaikan taklimat dan pengisian dalam slot bersama klien dan waris mereka secara berasingan.Ujian saringan HIV dan Hepatitis juga dilakukan ke atas semua klien yang dikendalikan oleh NGO Persatuan Cahaya Harapan. Program diakhiri dengan acara kibaran Jalur Gemilang.
Dalam tempoh seminggu ini, JKPD Daerah Kota Setar telah berjaya mengadakan 4 program berturut-turut yang melibatkan klien iaitu program outreach klien yang gagal melapor diri pada 20 Ogos, gotong-royong Pantai Leman Kuala Kedah pada 22 Ogos , program jiwa merdeka untuk klien yang baru menamatkan tempoh pengawasan pada 25 Ogos dan program orientasi klien baharu pada 26 Ogos.
Comments
Post a Comment