HARI CUCI MALAYSIA 2025

Hari Cuci Malaysia 2025 Peringkat Daerah Kota Setar berlangsung pada 27 September 2025 di Taman Pesisiran Ampang Jajar, Alor Setar dianjurkan oleh Majlis Bandaraya Alor Setar bersama pelbagai jabatan dan agensi kerajaan.

Saya bersama staf AADK Daerah Kota Setar dan Negeri Kedah turut hadir bagi menguruskan penyertaan lebih 70 orang klien AADK dalam program gotong-royong ini. Program ini dijalankan serentak seluruh negara sempena sambutan World Cleanup Day 2025.











Comments