KAD KUASA PASUKAN PELINDUNGAN KANAK-KANAK

Pada 28 September 2025, saya telah mempengerusikan mesyuarat Pasukan Perlindungan Kanak-kanak (PPKK) Daerah Kota Setar bil 4/2025.

Mesyuarat hari ini membincangkan penganjuran Program Advokasi Kasih Kanak-kanak yang akan diadakan di SMK Seri Pantai, lokasi baharu Pusat Aktiviti Kanak-kanak dan lawatan ke Puspen Karangan.

Selesai mesyuarat, kami menerima kad kuasa PPKK yang diserahkan oleh Puan Siti Aisyah binti Abdul Ghani, Ketua Jabatan Pembangunan Kanak-kanak, Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Kota Setar. Kad kuasa ini adalah sebagai pengenalan diri yang dapat memudahkan kami bertindak dalam urusan berkaitan perlindungan kanak-kanak.












Comments