Ketika lawatan di Pusat Pemulihan Bann Aun I Rok, Pattani, saya sempat bersembang dengan dua orang klien yang berumur 17 tahun. Mereka menerima rawatan pemulihan untuk ketagihan pil kuda (amphetamine) atau dikenali sebagai Ya ba di Thailand. Salah seorangnya mula terlibat sejak umur 13 tahun lagi dan tidak lagi bersekolah. Kata mereka pil kuda di sana sangat murah dan mudah didapati oleh kanak-kanak. Mereka dihantar oleh ibu bapa kerana tabiat penagihan sudah tidak dapat dikawal.
Apabila dadah murah dan mudah didapati, kanak-kanak akan dijadikan mangsa sasaran pemasaran utama.
Comments
Post a Comment