LAWATAN BANN AUN I ROK PATTANI

Pada 23 September 2025, satu lawatan delegasi Jawatankuasa Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah telah diadakan ke Bann Aun I Rok (Rumah Kasih Sayang), sebuah pusat pemulihan dadah swasta di Pattani yang menggunakan pendekatan kerohanian. Turut hadir bersama Pengarah AADK Negeri Kedah.

Pusat pemulihan ini dikendalikan oleh Baba Fazli, telah beroperasi atas biaya sendiri sejak 7 tahun lalu dan telah merawat lebih 30 ribu klien. Buat masa ini terdapat lebih 900 orang klien sedang menjalani rawatan pemulihan di sini. Pusat ini pernah menerima klien dari umur 13 hingga 71 tahun. Bayaran kemasukan hanya 2500 Baht sahaja sebulan dan diwajibkan menjalani rawatan sekurang-kurangnya selama 4 bulan.
























Comments