MAJLIS MAKAN MALAM JKPD-AADK KEDAH DI HAATYAI

Majlis Makan Malam JKPD-AADK Kedah sempena Lawatan Penanda Aras ke Thailand telah diadakan pada 24 September 2025 bertempat di Bunga Cafe And Restaurant, Haatyai. Majlis dirasmikan oleh Tuan Khairul Anwar bin Ahmad, Pengarah AADK Negeri Kedah yang turut sama dalam lawatan ini dan seterusnya menyampaikan sijil penyertaan kepada semua peserta. Lawatan ini disertai oleh Ahli-ahli Jawatankuasa Pemulihan Dadah (JKPD) dari seluruh daerah Negeri Kedah, staf-staf AADK Kedah dan pakar-pakar psikiatri dan paramedik dari Hospital Sultanah Bahiyah.

Kami telah melawat dua pusat pemulihan iaitu pusat pemulihan dadah swasta di Bann Aun I Rok Pattani dan pusat pemulihan milik kerajaan di Hospital Thanyarak Songkhla. Lawatan ini diadakan bertujuan bagi meninjau program rawatan pemulihan dadah di dua fasiliti yang berbeza di Thailand. Semoga semua peserta telah mendapat pengalaman dan ilmu baharu yang berguna dan boleh dipraktikkan di lokaliti masing-masing.





























Comments